Friday, April 11, 2008

Serangan Jantung/Heart Attack/Angina

Kita sering kali mendengar perkataan "serangan jantung" atau 'heart attack".Namun begitu,secara jujur,berapa ramaikah antara kita yang begitu tau tentang serangan jantung ini. malahan pula,berapa ramaikah antara kita yang begitu mengambil berat tentang berapa seriusnya peyakit ini?Oleh itu,sebagai pengenalan, saya ingin membincangkan topik ini kerana ia sangatlah perlu untuk kita mengetahui apa itu serangan jantung dan bagaimana kita sebagai warga masyrakat malaysia mampu menanganinya. Ingatlah,biarpun anda tidak berisiko untuk mengalami sebarang serangan jantung, tetapi masih ramai yang berada di sekeliling anda yang masih lagi berisiko terutamanya orang yang anda sayangi.
Untuk menghangatkan diskusi mengenai serangan jantung ini. Penulis cuba memaparkan sedikit sebanyak mengenai gambaran tentang serangan jantung, ianya akan lebih menarik lagi sekiranya penulis membincangkan degan aturan yang tertentu agra pihak pembaca dapat memperolehi mesej yang lebih jelas lagi. Sebagia tmabahan,penulis akan menyelitkan rakaman video yang boleh diperolehi secara percuma untuk tujuan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat umum di malaysia.

Apakah itu Serangan Jantung?

Serangan jantung merupakan satu penyakit yang boleh menyerangi seseorang yang berisiko pada bila-bila masa dan mana jantina dan usia. Ianya merupakn satu seragan yang disebabkan berlakunya kekurangan bekalan darah kepada jantung anda.Jantung merupakan satu organ dalaman yang terletak dalam badan kita,di sebelah dada kanan anda. fungsi normal jantung anda adalah untuk mengepam darah ke suluruh anggota badan seperti otak,kaki,tangan,kulit dan bermacam2 lagi.Mengapa badan kita memerlukan darah.Sebab dalam darah mengandungi bekalan oksigen,nutrient-nutrient yang diperlukan bagi perkembangan badan kita.Jantung juga tidak terlepas dari keperluan ini walaupun fungsi utama jantung untuk mengepam darah sebagai bekalan kepada organ lain. "Take home message":serangan jantung adalah kerana kekurangan beklan darah kepada jantung".



Apakah sebab2 yang menyebabkan bekalan darah ke jantung kurang?
Ada 3 sebab utama mengapa bekalan darah ke jantung kurang.
1. Pembuluh darah tersumbat: tersumbat oleh lemak2,ketulan2 darah.
2. Pembuluh darah



Bagaimana serangan jantung terjadi?
Disebabkan jantung memerlukan bekalan darah, sekiranya bekalan darah terhadap jantung telah tersumbat (oleh lemak2),maka otot2 dalam jantung yang berfungsi untuk mengempam darah ke seluruh badan tidak dapat berfungsi dengan baik.Oleh kerana darah mempunyai bekalan oksigen untuk keperluan otot2 jantung,maka kekurangan bekalan darah dan oksigen akan menyebabkan serangan jantung berlaku. situasi seperti ini dapat diibaratkan seperti enjin kereta yang sedang kehabisan bekalan minyak. enjin kereta itu adalah ibarat jantung anda, dan minyak dan kandungan itu adalah darah dan oksigen anda. Sudah tentu, sekiranya anda sedang memandu dan akan kehabisan bekalan minyak,anda pasti akan merasakan kereta anda semakin semput. Semput di sini sama ibaraatnya degan gejala atau simptom2 yang bakal anda hadapi sekiranya anda mengalami serangan jantung.

Apakah gejala2 serangan jantung?

Rangkai Kata

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini. Mungkin para pengunjung yang dihormati, telah sedia maklum, tidak ada banyak blog-blog kesihatan yang ditulis dalam bahasa melayu.Maka dengan itu penulis terpanggil untuk sama-sama menulis blog kesihatan sebegini sebagai satu sumbangan kepada masyarakat malaysia yang inginkan info-info kesihatan yang terkini.Sebarang pertanyaan amatlah dialu-alukan. segala pertanyaan akan cuba dijawab oleh penulis dengan seringkas dan setepat yang mugkin bagi membantu segala kemusykilan pihak pengunjung blog ini. Segala paparan pada blog ini adalah hasil usaha penulismsegala hasil kerja yang dipaparkan sekiaranya depetik dari sumber2 tertent akan dimaklumkan terlebih dahulu.Untuk makluman,pihak penulis adalah pelajar perubatan tahun akhir.Segala kemusykilan yang diajukan akan dihalusi sebelum sebarang jawapan pada soalan yang diajukan dipaparkan.
Sekian terima kasih.